Friday, June 29, 2012

Beauty Lace Rose: 2nd batch pre-order **OPEN!!**



Disebabkan permintaan yang amat menggalakkan, saya telah buka untuk 2nd batch pre-order..

Namun, saya minta maaf sangat2, saya tidak dapat mengekalkan harga lama iaitu RM12.50/yard..Saya terpaksa menaikkan harga lace sebanyak RM0.40/yard disebabkan kenaikan harga tukaran matawang asing USD ke RM..Kadar tukaran wang asing semasa saya order 1st batch adalah RM3.11=1USD, tetapi untuk 2nd batch, kadar tukaran adalah RM3.22=1USD..walaupun secara mata kasarnya, hanya terdapat kenaikan sebanyak 0.11, tetapi, 0.11 ini jumlahnya melibatkan ratusan ringgit yang terpaksa saya tanggung.. Walaupun begitu, saya masih cuba untuk mengekalkan harga 3D roses lace termurah dipasaran. Jadi, untuk 1 yard, harganya adalah RM12.90..

Namun, ada berita baik disebalik berita buruk..Saya sudah tambah 3 lagi pilihan warna baru iaitu lime green, fushia dan watermelon..Jadi, sesiapa yang ingin order, boleh isikan form order diatas, atau boleh sms saya untuk kepastian..Setiap warna lace adalah limited,saya order xbanyak, jadi, siapa book dulu, dia dapat..Pre-order ini akan ditutup apabila qouta setiap warna lace, telah habis dibook.Tapi, sebelum order, sila baca dulu syarat2 pre-order ye..tqvm

6 ROW 3D LACE ROSES 
RM12.90/yard










Tutorial Jahit Lace Tudung Bawal Rose


Sharing is caring.. Saya nak berkongsi  tutorial cara untuk jahit tudung bawal rose ini.. Ini adalah cara saya jahit lace pada tudung bawal, mungkin cara orang lain berbeza. Saya hanya nak berkongsi apa yang saya tahu..

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Berikut adalah method2nye:

1. Ambil ukuran tudung anda. Selalunya tudung bawal bidang 45, memerlukan 2.5yard lace.


2. Potong lace anda mengikut berapa baris bunga yang anda ingin hasilkan.



3. Pilih warna benang yang sama dengan warna lace.

tutorial jahit lace

4. Mulakan menjahit dengan meletakkan lace ditengah tudung (bukan dari tepi). Ini bagi mendapatkan bentuk rose yang cantik (bentuk V).




ros tepi tudung


5. Setiap kali sembatan dilakukan, tengok pada lace di permukaan luar tudung. Pastikan benang yang dijahit tidak menyebabkan bunga kemek.


6. Tengok jahitan di bahagian tengah. Jahitan ini dilakukan bagi menyambungkan lace.





7. Corak jahitan favorite saya. Anda juga boleh mencuba corak jahitan yang lain. 



8. Ini lah hasil lace yang telah siap dijahit. 


Itu saja yang mampu saya terangkan. Bab memberi penerangan ni, memang saya kurang mahir, diharap gambar dapat menceritakan maksud yang ingin saya sampaikan. Semoga tutorial ini, sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda sekalian. Selamat mencuba..

Wednesday, June 27, 2012

Tudung bawal rose

Ramai yang tanya saya, untuk satu tudung bawal, memerlukan berapa panjang lace rose ini. Saya akan cuba terangkan menggunakan gambar supaya lebih faham. Diharap ini dapat membantu.

........................................................................................................

Ini adalah panjang rose lace untuk 1 yard.



Setelah dipotong, ia akan menghasilkan 6 baris rose lace. Cuba tengok saiz rose dari satu baris ke satu baris dengan teliti. Saiznya tidak sama. 
(boleh tengok entry sebelum ini untuk close-up lace rose ini)



Dalam 6 baris rose lace, terdapat 4 baris rose kecil, dan 2 baris rose besar.





Ini pula adalah ukuran untuk tudung bawal bidang 45. Untuk sehelai tudung, memerlukan 2.5 yard rose lace.



Untuk sehelai tudung dengan lace rose kecil, kita memerlukan dua setengah baris rose lace. Maka, terdapat lebihan rose lace sebanyak satu setengah baris.



Untuk sehelai tudung dengan lace rose besar pula, kita memerlukan dua setengah baris. Tetapi masalahnya, kita hanya mempunyai 2 baris rose besar, maka kita tidak cukup  setengah baris.  


Jadi, dapat dilihat disini, untuk rose besar, kita menghadapi masalah tidak akan cukup setengah baris. Sebagai penyelesaiannya, saya cadangkan, ambil 1.5 yard rose lace.Dimana, untuk 1.5 yard lace rose ini, kita akan dapat jahit untuk 3 helai tudung.Iaitu, 2 helai tudung menggunakan rose kecil, dan sehelai tudung menggunakan rose besar. Harap penerangan ini dapat membantu. Selamat mencuba!!






Thursday, June 21, 2012

Close-up 6row Lace


Jom kita tengok lace 6 row roses ini secara details



Ok, cuba perhatikan betul-betul..baris yang pertama, dari atas, rose adalah besar 20 sen, then baris ke dua, rose besar 50sen, baris ketiga, keempat dan ke-enam, rose besar 20sen, then kelima rose besar 50sen..Jadi maksudnya, dalam 6baris rose ini, kebesaran rose nya adalah tidak sama mengikut baris..tetapi, dalam baris yang sama, kebesaran rose adalah sama..fuh, payah juga menerang ni..harap maklum ya..





Sunday, June 17, 2012

Lace roses


Contoh penggunaan lace
*kredit kat pakcik google












Close-up 3d lace rose





6 row plain
(boleh potong kepada 6 bahagian)

9 pilihan warna-white,black,bright yellow, green flash, pink, hot red, lavender, purple,vivid blue*

* rm 12.50/yard
(harga biasa rm16/yard) 




          






   

Vintage
*6 row- rm13.50/yard

*warna mungkin berlainan sedikit bergantung kepada resolusi komputer anda.


  


Assalamualaikum..

Syarat pre-order
1) Ini adalah pre-order. Barang dijangka sampai 2 minggu selepas order diserahkan kepada supplier.
2) Minimum quantiti untuk order adalah 3 yard.
3) Kami berhak membatalkan order yang dibuat dan memulangkan kembali wang anda. (ini berlaku sekiranya lace tidak mencapai m.o.q (minimum order quantity) yang ditetapkan supplier)
4) Deposit sebanyak 30% diperlukan untuk mengelakkan backout buyers..Deposit tidak akan dipulangkan kecuali jika kami membatalkan order.
5) Sekiranya order telah sampai, kami akan maklumkan kepada anda..anda perlu menjelaskan baki 70% dalam masa sebulan..setelah dalam tempoh sebulan anda tidak membayar@langsung tidak memberi maklum balas kepada kami@gagal dikesan, kami berhak menjual lace anda dan kami tidak akan memulangkan deposit anda.
6) Harap maklum, kami akan pos barang ini dari Sabah, jadi kos penghantaran adalah RM9 untuk berat bawah 500g.
7) PM untuk diskaun harga bagi pembelian 20yard keatas.