Wednesday, June 27, 2012

Tudung bawal rose

Ramai yang tanya saya, untuk satu tudung bawal, memerlukan berapa panjang lace rose ini. Saya akan cuba terangkan menggunakan gambar supaya lebih faham. Diharap ini dapat membantu.

........................................................................................................

Ini adalah panjang rose lace untuk 1 yard.



Setelah dipotong, ia akan menghasilkan 6 baris rose lace. Cuba tengok saiz rose dari satu baris ke satu baris dengan teliti. Saiznya tidak sama. 
(boleh tengok entry sebelum ini untuk close-up lace rose ini)



Dalam 6 baris rose lace, terdapat 4 baris rose kecil, dan 2 baris rose besar.





Ini pula adalah ukuran untuk tudung bawal bidang 45. Untuk sehelai tudung, memerlukan 2.5 yard rose lace.



Untuk sehelai tudung dengan lace rose kecil, kita memerlukan dua setengah baris rose lace. Maka, terdapat lebihan rose lace sebanyak satu setengah baris.



Untuk sehelai tudung dengan lace rose besar pula, kita memerlukan dua setengah baris. Tetapi masalahnya, kita hanya mempunyai 2 baris rose besar, maka kita tidak cukup  setengah baris.  


Jadi, dapat dilihat disini, untuk rose besar, kita menghadapi masalah tidak akan cukup setengah baris. Sebagai penyelesaiannya, saya cadangkan, ambil 1.5 yard rose lace.Dimana, untuk 1.5 yard lace rose ini, kita akan dapat jahit untuk 3 helai tudung.Iaitu, 2 helai tudung menggunakan rose kecil, dan sehelai tudung menggunakan rose besar. Harap penerangan ini dapat membantu. Selamat mencuba!!






No comments:

Post a Comment